Friday, January 11, 2013

Siapa yang tak sedih?

Awal Bismillah pembuka bicara. Memohon rahmat dari-Nya. Macam pengucapan awam pula. Kadang-kadang hidup tak boleh selalu gembira, kerana kita bakal lupa akan nikmatnya. Kadang-kadang hidup ini tak boleh selalu bersedih, kelak ia akan memakan hati nurani kita untuk terus maju kehadapan. Jadi, kita perlu bangkit daripada kesedihan dan terus maju kehadapan dan bergembira dengan kejayaan.

Orang-orang berkata ‘jangan selalu jumpa, nanti bosan’. Mungkin majority akan bersetuju dengan kenyataan itu. Dan awak pun punya rasa begitu. Tetapi bagi saya, saya tidak pernah bosan sama sekali dengan orang yang saya sayang. Sebab itu saya sendiri cuba nak kurangkan perjumpaan kerana saya tak ingin sama sekali awak bosan dengan saya. Kalau boleh setiap minggu nak berjumpa.

Siapa yang tak sedih kalau tak jumpa dengan insan yang mereka sayang? Siapa? Tiada siapa yang akan gembira tak berjumpa...... Akan tetapi saya dengan penuh pengharapan awak akan selalu berada di sisi saya, namun apakan daya. Suara hati hanya mampu berdoa dan berdoa...

No comments:

Post a Comment