Friday, January 18, 2013

Secebis kata-kata :)

Secebis kata-kata dalam tazkirah. 17 Januari 2013.

Assalamualaikum. Syukur kita ke hadrat Allah dapat sama-sama kita berkumpul di level yang indah lagi nurani ini pada malam jumaat yang bahagia ini untuk bacaan Yaasin. Satu usaha yang baik untuk diteruskan disamping salah satu inisiatif untuk kita semua hindarkan kolej kita daripada sebarang perkara yang tidak diingini. Jom kita ambil sedikit kesempatan waktu sebelum masuk waktu isyak untuk sedikit perkongsian ilmu, sembang-sembang santapan rohani sebelum tunaikan solat isyak. Hanya perkongsian cerita daripada pengalaman hidup. Jangan sesekali menganggap orang yang bercakap di depan ini orang yang berilmu atau hebat. Aku sangat lemah dalam segala hal. Hanya boleh berkongsi. Akan tetapi anda semua yang mendengar ini mungkin ada yang jauh lebih hebat dan mantap. Kita hanya bercerita dan berkongsi.

Bismillah...

Cuba kita renungkan kembali, Allah Taala memberikan kita segalanya baru selepas kita bangun daripada mati yang seketika. Penglihatan yang baru, pendengaran yang baru, pergerakan anggota badan yang baru, segalanya baru. Pernahkah kita terfikir semua itu? Janganlah sesekali fikir itu adalah logik sains sahaja sebagai seorang manusia. Akan tetapi semua itu adalah nikmat yang cukup teristimewa buat hamba-hambaNya. Dengan semua nikmat yang Allah Taala kurniakan itu, cuba fikirkan balik, apakah balasan yang kita pulangkan kembali kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan? Atau kita hanya mempersiakan dengan tidak melakukan apa-apa?

Allah Taala tidak pernah putus mengurniakan kita rezeki yang cukup banyak, kerana apa? Kerana Allah sayang akan hamba-hambaNya. Namun kita tidak selalu bersyukur sehingga kadang-kadang kita rasa sentiasa tidak mencukupi. Kenapa tak nak syukur selalu dengan apa yang ada? Kita tak sayang Allah ke sedangkan Allah begitu sayang akan kita dan sentiasa rapat dengan kita serta sentiasa ada dengan kita tatkala kita senang dan susah. Renungkan, wahai adik-adikku sekalian.

Buat apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang. Satu ayat yang memang sinonim dengan telinga kita sejak kita dibangku sekolah. Walaupun ayat ini sudah biasa didengar tetapi kita sebagai manusia memang tidak lari daripada sifat alpa dan lalai. Harus kita selalu mengingati antara satu sama lain agar kita tidak lupa. Sering kali saya memberi tazkirah, salah satu perkara yang saya tidak fokuskan kepada sahabat, tidak fokuskan kepada orang muda, tidak fokuskan kepada warga tua, tidak fokuskan kepada remaja, akan tetapi saya fokuskan semua. Muslim. Iaitu satu perkara atau satu kefardhuan yang cukup besar dalam islam yang masih dipandang enteng oleh umat islam iaitu Solat.

Kefardhuan yang paling utama dalam islam yang menentukan teguhnya islam berdiri masih dipandang main-main oleh masyarakat. Orang yang tidak tunaikan solat ini digelar sebagai penjenayah besar dalam islam. Akan tetapi kita tidak nampak semua itu, apa yang kita nampak jenayahnya. Rompak bank, samun, ragut, hisap dadah dan sebagainya. Orang yang tak solat, tak ada apa. Bahkan zaman sekarang masih ada lagi orang yang tidak solat disanjungi dan dihormati. Persoalan. Allah Taala ada hikayat dalam al-Quran akan janjinya kepada semua hamba-Nya yang tidak solat akan dicampak ke dalam neraka Saqar. Malaikat bertanya kepada penghuni neraka Saqar, “kenapa ramai sangat orang dalam ni? Sampai berjuta-juta orang di dalam ni? Tak seramai neraka-neraka lain?”. Jawab mereka, “kami bukan perompak bank, kami tidak hisap dadah, kami tak buat apa-apa, kami Cuma TAK SOLAT”. Allahu Rabbi. Fikirkan sejenak, wahai sahabat.

Allah bagitahu kepada Nabi Muhammad agar Nabi sebarkan kepada manusia. “mana-mana ahli neraka yang bertepik melolong, kesakitan akan panasnya neraka Allah. Dan sekiranya mereka dicampakkan dalam api dunia, nescaya mereka akan tidur kepada sejuk.

No comments:

Post a Comment