Sunday, January 6, 2013

Catatan gembira bersama De'Sam

Tahun 2012 telah berakhir. Pelbagai peristiwa yang berlaku dalam kamus hidup. Gembira. Bahagia. Gelak. Tawa. Sedih. Duka. Lara. Senyum. Riang. Semua ada. Semua telah menjadi asam garam hidup ini. Satu tahun yang penuh perisian. Baik yang hidup atau buruk. Tetap aku jadikan sebagai pengajaran. Yang baik diteruskan. Yang kurang kita tinggalkan. Jangan bawa yang terus ke tahun baru. 2012 habis, akhirnya pangkal umur aku no 1. 2013 mula, bermula umur 2. Tiada lagi umur belasan. Bermula umur puluhan. Yang pastinya bukan umur pengukur kematangan tetapi gaya pemikiran seseorang yang menunjukkannya J.

Penutup 2012 aku sungguh bahagia dan gembira. Aku menghabiskan masa bersama De’Sam dan sahabat. Pertama kalinya aku bersama mereka. Walaupun tidak lagi begitu mesra tetapi aku dapat rasakan hingga melakar riang dan ketawa. Aku, Syaima’, Dina, Iein, Mia dan Naz, An dan Rashid. Berlapan bertunggangkan 2 buah kereta. Myvi hitam dan Viva warna? Lupa...

Sama-sama mengembara dari selatan menuju pertengahan negara. Dari Johor ke Pahang. Dari rumah menuju Taman Tema Genting. Genting Highland Resort. Mungkin ada yang pertama kali jejakkan kaki ke tanah tinggi itu. 2 hari aku bersama mereka. Tiada apa Cuma gembira bersama mereka.  Pengembaraan bermula jam 4 petang dari Muar. Berempat. Aku, Syaima’, Ann dan Rashid. Bersama. Menuju ke utara dan berhenti di RnR Pedas Linggi bersama lagi dengan empat yang lain. Mia dan Naz. Iein. Dina.

Berlapan sama-sama menuju ke ibu kota Kuala Lumpur. Tidak ketahuan ke mana arah tuju mendetikkan hati aku bertemu dengan Amal. Seorang sahabat yang lama tidak kutemu. Kami sama-sama makan malam di sebuah “Steak House” sekitar kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Bual-bual dan makan-makan. Lepas itu, kami terus ke Masjid as-Syakirin, KLCC untuk bermalam. Semua bersih diri di situ. Naz sudah melabuhkan harinya lebih awal daripada kami. Aku dan yang lain hanya jalan-jalan sekitarnya untuk hirup udara malam yang sangat segar dan berhenti di Nasi Kandar Pelita. Minum malam. Borak-borak. Hingga pagi.

Selepas Subuh sekitar jam 6.30 pagi, kami teruskan perjalanan menuju ke puncak dan tiba di Masjid Mohd Noah, Genting Highlan sekitar jam 8 pagi untuk aku bersih diri. Selepas itu kami bersarapan. 9 pagi. Kami teruskan ke atas dan tiba jam 9.45 pagi. Kabus tebal. Cuaca sepoi-sepoi bahasa. Suasana gembira. Sang suria pun mula menyuluh lampunya. Semua muka kepenatan namun tetap bersemangat. Kami masuk taman tema. *Ceritanya semua seronok dan bahagia, tiada apa-apa. *Cerita dipendekkan.

5 sahabat baik. Ann. Syaima'@Cheymok. Iein@Biru. Mia. Dina? Photographer :)

Muka penat namun masih terlakar gembira.

Sarapan Pagi. Dina sarap tidur.

Tercipta sebuah memori.

5 Sahabat. Photographer di depan :D
Kami turun dari Taman Tema sekitar jam 5 petang dan labuhkan perjalanan ke Melaka. 11 malam. Kami tiba. Semuanya kelihatan penat yang amat sangat. Masing-masing balik dan berehat. Apa yang penting, silaturrahim dan ukhuwah kami sangat rapat. Yang penting 3 hari tiada *Biru. Hehe. Terima kasih De’Sam. Moga berjumpa lagi. Saya sangat bahagia dengan anda semua. Anda semua hebat. Kekalkan persahabatan anda hingga ke akhirnya. Saya doakan perjalanan hidup anda bahagia dunia akhirat. Salam ketemu lagi Dina, Iein, Mia, Naz, Ann, Rashid. I love you all.

Muka Iein memang nampak teruja dan bahagia :D

DinosourLand

Iein paling excited !

Kenangan tercipta di akhir 2012. Memori penutup tahun.

Agak-agak boleh runtuh?

Genting Highland Entertainment Park

Luar cool. Dalam?

Tunggu giliran anda...

Kami berlapan. Rashid. Dina. Iein. Mia. Naz. Ann. Syaima. Penulis. Hehe.

Seronok bersama anda. Salam ketemu lagi. Senyum selalu.
Salam rindu,
Azmeen.

No comments:

Post a Comment