Tuesday, December 11, 2012

Aku akan jadi baik kerana aku tidak baik.

Assalamualaikum kepada semua blog readers. Moga anda terus meniti hari yang cukup membahagiakan dan memberi anda senyuman. Entry kali ini hanyalah sekadar sekelumit kata-kata untuk diri sendiri. Seminggu sesi semester baru telah berlalu dan kini meniti ke minggu ke dua dan berikutnya. Setiap semester sudah pasti akan ada azam baru buat semua pelajar kadang-kadang pembawakan dan pergaulan diri membuatkan kita tidak dapat merealisasikan azam dan impian kerana saya percaya setiap azam yang ditanam dalam diri para mahasiswa sudah pasti yang ingin memajukan diri.

Semester baru. Azam baru. Status baru. Tanggungjawab baru. Itu diri saya. Tanggungjawab dan amanah yang besar dipikul sangatlah berat. Memegang portfolio Exco Kerohanian dan Setiausaha Biro Tarbiyah dan Akademik Jawatankuasa Penggerak Masjid adalah dua tanggungjawab yang amat besar disamping sebagai seorang pelajar biasa lagi hina. Satu lagi tanggungjawab yang perlu aku jaga sentiasa dan sepanjang masa adalah soal diri. Aku sentiasa akan ingat pesan kakakku sepanjang masa. “Kau kena jaga diri kalau nak dia lakukan perkara yang sama, kau kena jaga sendiri walaupun dia tak nampak”.

Kadang kala sering terlintas dalam hati yang kecil ini berkata, memang aku seorang manusia. Aku tidak berikan yang terbaik dan sempurna kerana aku juga tidak baik dan tidak sempurna. Namun begitu, aku sentiasa akan berikan yang terbaik dan cuba yang terbaik. Setiap manusia adalah seorang anak, aku juga seorang anak yang mempunyai seorang ibu yang aku panggil mama. Sepanjang aku hidup di dunia ini, aku seringkali gagal berikan yang terbaik untuk ibu. Aku tidak lagi menjadi seorang anak yang baik untuk kedua ibu bapa ku. Mungkin mereka rasa sedih tetapi tidak menzahirkannya malah menampilkan senyum yang melebar. Walaupun senyum mereka itu ceria, tetapi aku dapat tahu disebalik senyum mesra itu, aku tahu mereka sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada aku.

Namun begitu, aku sentiasa akan cuba untuk jadi insan yang baik untuk semua. Sekian.

No comments:

Post a Comment