Wednesday, November 28, 2012

Kita jumpa lagi, Sahabat.

Saban hari terus pergi, hari meniti demi hari. Sang matahari tetap menyinari bumi walau kita tak sedari. Bulan juga mengambang tatkala malam yang sunyi sepi. Itulah perjalanan dunia ini dari hari ke hari. Walau apa sekali pun yang kita kerjakan setiap hari, ianya pasti berlalu. Walau kita kecapi waktu yang gembira, waktu itu pasti akan pergi meninggalkan kita, hanya kenangan yang tersemat di hati. Jika pahit datang melanda, ianya tetap pergi dan tercatit sebagai pengalaman mendewasakan kita. Selangkah kita berjalan, kita semakin dewasa...

Bermula dengan 1A, kemudian melangkah ke 2A, kini meniti ke 3A. Setahun sudah kami bergelar pelajar UiTM Kampus Alor Gajah. Walaupun hanya 1 tahun, pelbagai suka duka gelak tawa yang kami hadapi. Banyak perselisihan pendapat yang tercetus namun akhirnya semuanya dapat diselesaikan satu per satu dengan suara yang bulat. Kelas yang majoritinya kaum hawa tidak menghalang kaum adam yang hanya beberapa kerat untuk sama-sama berjuang dapatkan ilmu dalam bilik-bilik kuliyah. Rakan-rakan yang begitu baik dan optimis menjadikan semua semakin positif.

Saat ini, semua mahasiswa/I UiTM seluruh Malaysia berada di sisa-sisa cuti semester dan akan menyambung semula pengajian mereka di awal Disember nanti. Bagi kakak-kakak dan abang-abang yang telah tamatkan pengajian yang bergelar graduan, saya ucapkan tahniah. Gunakanlah ilmu yang telah terima untuk memartabatkan agama khasnya. Negara dan bangsa amnya. Walaupun kursus yang kita pelajari itu bukan cabang agama, namun ilmu itu tetap sang pencipta yang punya. “Watikah yang ku miliki kan ku semat dihati”. Gunakan segala ilmu untuk berbakti kepada-Nya. Hidup pasti bahagia.

Bagi yang masih meneruskan pengajian, kita sama-sama mengharungi segala apa ujian dan mehnah yang ada dengan hati yang ikhlas. Satu ayat yang kadang kala membakar semangat ini menjadi berapi berapi “Selamat Menghadapi Kesusahan Untuk Menjadi Orang Yang Berilmu, Ustaz Ilham, 2011”. Satu ayat yang sentiasa tersemat di dalam hati. Kadang kala kaki ini terasa lemah longlai untuk kembali ke kampus, tetapi pabila bayangkan wajah ibu dan ayah yang sangat mengharapkan anaknya berjaya, kaki ini terus gagah melangkah.

Kepada rakan sekelas, kita bakal bersua kembali di semester akan datang. Moga kasih persahabatan kita sentiasa bertaut. We All Love You. UiTM Dihatiku.

Salam ikhlas,
Azmeen.

2 comments: