Friday, November 2, 2012

Ceritera Pendek Zaman Sekolah


Dingin di hening Subuh. Sang suria mula terbit menyeri rupa bumi. Sang burung berkicauan menyanyi gembira. Daunan melambai rupa bahagia. Kadang-kadang angin bertiup, hujan menjilat bumi lalu membasah. Itulah rutin harian hidup dimuka bumi, ciptaan Ilahi. Indah nan permai, tiada lagi tandingan. Hakikat keindahan hanya pada-Nya.

Angin sepoi-sepoi bahasa yang penuh indah di pagi hari, membuatkan saya mengimbau kembali perkara-perkara manis sepanjang kehidupan 19 tahun di muka bumi sang pencipta ini. Terkenang sejenak saya di bangku sekolah rendahnya, memakai unifom sekolah. Berbaju putih, berseluar pendek. Seluar diangkat hingga ke pusat. Berbekalkan duit poket sebanyak RM5 oleh mama setiap pagi, waktu rehat yang diberi sebanyak 2 kali, kadang-kadang duit yang dibawa tidak mencukupi. Hehe J. Enam tahun saya bercampur dengan pelbagai bangsa serta budaya dan majoritinya bangsa ayah saya, Cina.

Beralih daripada sekolah rendah ke sekolah menengah. Daripada seluar pendek, ke seluar panjang. Daripada berbaju putih, ke berbaju kuning. Itulah pakaian seorang Pengawas yang berkhidmat bakti untuk sekolah. 5 tahun disitu. Pelbagai kenangan manis mahupun pahit yang tercipta disana. Hingga mulut-mulut berkata
“Siapa yang tak kenal si Azahareen tu...” :P

Salah satu foto yang masih disimpan. Foto zaman sekolah rendah tidak ketemu :(
-Tamat zaman persekolahan-

No comments:

Post a Comment