Thursday, November 1, 2012

Bermula kerana tiada rakan :)


Saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam. Hari silih berganti, usia kita semakin meningkat. Begitu juga sering bermain difikiran akan mati juga hampir tiba. Sehari melangkah ke hadapan, selangkah mati melangkah datang berjumpa kita. Walau apa sekali pun yang mendatang, perlulah kita bersedia rohani dan jasmani. J Apa yang ingin diceritakan untuk entry kali ini, bermula kehidupan saya yang berjinak-jinak dengan rumah Allah. Masjid yang pertama saya hadirkan diri, Masjid Sungai Abong.



Tiada lagi rumah yang paling “tenang” yang pernah saya masuk melainkan Rumah Allah. Ketenangan hati yang tidak dapat rasa dimana-mana rumah walaupun rumah sendiri. Walaupun “Rumahku Syurgaku”, tetap ada perkara yang akan mengusutkan fikiran.

Bermula al-kisahnya dimana saya telah berpindah dari Taman Desa ke Taman Pertama Indah atas sebab tertentu daripada Papa. “Taman Desa”, rumah kelahiran saya, rumah dimana saya membesar, daripada sekecil pelukan mama hingga besar berdiri atas kaki sendiri. Semua sahabat-sahabat saya disini. Saya tidak mempunyai sahabat yang ramai kerana mama sering berpesan, “nak selamat, pandaikan diri cari kawan”. Sahabat yang ada di Taman Desa boleh dikira dengan jari. Qayum, Hafiz. Dua insan ini yang bersama saya setiap hari. Mereka abang, saya adik. Apabila umur semakin meningkat, mereka keluar merantau menuntut ilmu.

Tahun 2006, kalau tidak silap. Kami sekeluarga berpindah ke Taman Pertama Indah ini. Saya tiada kawan memandangkan kami sekeluarga antara yang paling awal berpindah ke sini. Tiada lagi jiran. Saya hanya seorang yang bergelar remaja, yang lain hanyalah kanak-kanak. Jadi, saya banyak habiskan masa di pusat komputer. Hinggalah satu petang, pabila saya ingin pulang daripada pusat tersebut, jalan kaki ke rumah, azan asar berkumandang. Tergerak hati saya terus pusing melangkah masuk ke kawasan masjid. Solat Asar. Selesai sahaja solat asar. Hatiku rasa lain. Sebuah ketenangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sungguh tenang. Dengan rasanya ketenangan itu, saya berhasrat untuk hadirkan diri untuk solat asar setiap hari. Ada jayanya. Kemudian saya terus niat dalam hari ingin hadirkan diri untuk asar, maghrib dan isyak. Berjaya. Hati rasa sungguh tenang apabila berjemaah di masjid. Sangat jauh bedanya dengan solat sendirian dirumah.

Memang kadang-kadang ada rasa terpaksa, tetapi tanamkan perkataan ‘istiqamah’ dalam diri, Insya Allah dalam keterpaksaan itu lahirnya sebuah keikhlasan. J Tiba-tiba satu hari terdetik dalam diri cakap : “kalau solat malam rasa best, mesti solat subuh lagi best”. Terus azam dengan diri, esok ingin bangun awal solat subuh di masjid. Berjaya juga. Memang tidak dinafikan, kedinginan waktu subuh berjemaah di masjid memang berlainan. Kalau anda yang baca ini tidak percaya, anda perlu rasanya sendiri.

Begitu rutin saya setiap hari, sebabnya saya tidak mempunyai rakan di rumah, saya ke masjid untuk habiskan masa. Ternyata di masjid banyak yang dapat kita pelajari. Untuk saya, banyak yang saya dapat daripada insan-insan yang ada di masjid itu. Macam tu cerita bermulanya saya berjinak-jinak di masjid. Tunggu perkongsian saya yang akan datang... J

No comments:

Post a Comment