Sunday, November 4, 2012

Moga Kasih Bertaut ~senyum~


3 November 2012, satu tarikh yang telah tercatit dalam kamus hidup saya. Majlis merisik kuntum bunga sekali dengan meminang untuk memetik bunga di taman. J Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Going on very smoothly. Hanya ungkapan syukur yang dapat dilafazkan apabila terima khabar gembira daripada abah, mak, mama, papa di rumah. Majlis yang diwakilkan kepada abah berjalan dengan sempurna. Perbincangan yang dibuat tenang dan rapi bagai air sungai yang mengalir ceria.

Hari ini 4 November 2012, hari pertama bangkit daripada tidur untuk solat subuh sebagai tunangan orang. Walaupun keadaannya seperti biasa sahaja, namun panggilan daripada satu perkataan ‘kawan’ bertukar menjadi perkataan ‘tunang’. Kadang-kadang bila duduk sendirian akan membuatkan saya tersenyum seorang diri memikirkan tidak pernah sama sekali dengan istilah ‘couple’, ‘bf-gf, dan sebagainya. Terus beralih dengan pertunangan. Benarlah ketentuan itu sememangnya daripada sang pencipta. J

Pesanan yang saya terima apabila bersembang dengan Cik Kader lepas subuh tadi, beliau berkata.

“Meen, tunang ni memang bukan lagi 100% tanggungjawab lelaki. Masih lagi ditanggung ayahnya. Tetapi kamu kena ingat, bahawa dengan bertunang juga ada tanggungjawabnya”. *sambil tersenyum.

*dengan senyuman membalas “Apa tanggungjawabnya Cik Kader?”.

“Eh, tanggungjawabnya bukanlah tanggung makan minumnya, pakainya.. Tetapi tanggungjawab untuk jaga soal ‘hati’ dan ‘perasaan’. Jaga hati perasaan tunang kamu, jangan bagi kecil hati dan sebagainya. Kamu pun dah besar panjang, fikir-fikirlah apa yang terbaik. Cik Kader doakan semoga berbahagia di alam rumahtangga esok”

*hanya balas pendek “Baiklah Cik Kader, terima kasih atas nasihat.”

Ini sahaja buat setakat ini. Idea berkarya di pagi hari terhenti dipersimpangan laluan buah fikiran dan hanya tersenyum riang melihat sang suria mula menyeri rupa muka bumi. Jumpa lagi di entry akan datang.

~senyum tak kata apa-apa J~ senyum selalu my dear ~ J

No comments:

Post a Comment