Wednesday, October 31, 2012

Keputusan dari Ibu Bapa, Itu lebih baik ♥♥♥


Apa yang keluar dari mulut ibu bapa, itu lebih baik. Demikianlah setelah perbincangan besar keluarga masing-masing, ada baiknya kita mulakan dengan Pertunangan. Sekurang-kurangnya kita ikut prosedur ‘alam melayu’, sikit pun memadailah. Dapat juga menutup mulut-mulut orang yang kadang-kadangnya lancang dalam berkata-kata. Tak adalah mereka kata ‘terburu-buru’ , ‘bidan terjun’ dan sebagainya.

Kita ini dilahirkan sebagai manusia, dalam kita merancang, memang kita akan rancang perkara yang paling hebat, namun ketentuan atas rancangan itu bukan terletak pada kita tetapi Yang Maha Esa, Sang Pencipta, Allah Taala... J Penentuan yang terbaik sememangnya datang daripada-Nya.

Teringat lagi akan kata-kata Madam Izzati [Lecturer BEL120].
“My dear student, keep on praying and ask upon Him. Trust me, He would NEVER and EVER say “NO” to your ask. But He would ‘wait, this is not the best time for you to get it”.
Kata-kata yang cukup memberi kesan dan semangat kental untuk semua pelajar. Bila difikirkan balik, sememangnya apa yang dikatakan itu betul. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Pemurah lagi. Mintalah apa sahaja kepada Allah, jika benda itu baik, nescaya Allah akan beri. Mustahil Allah kata tidak dengan permintaan kita, cuma Allah akan kata “nanti dulu, ini belum masanya”.

Mungkin Allah kata nanti dulu untuk pernikahan kita, Allah berikan ikatan pertunangan untuk kita. Ya, ini keputusan yang baik dan ada hikmahnya kerana Baba, Mama, Papa, Mama pun setuju.

Harus kita ingat bahawa Redha-Nya Allah terletak atas Redhanya kedua ibu bapa. Kalau ini keputusan daripada mereka, inilah yang terbaik. Kita sebagai anak-anak, ikut keputusan mereka. J

Jaga hati dan perasaan ibu, kerana hidup ini hanya sekali kerana “Hilang satu rahmat Allah kepada hamba-Nya jika ibunya meninggal dunia”. Selagi hayat dikandung badan, balaslah jasa kedua ibu bapa kita walaupun memang tak terbalas jasa mereka.

Saya hanya menanti untuk Sabtu ini, 3 November 2012. Satu lagi tarikh yang rasanya perlu diingat untuk kita berdua. Pertunangan kita. J Walaupun pertunangan tidaklah berat sangat dalam syariat, namun tarikh ini jadikanlah sebagai memori kita berdua. Untuk bakal isteri, Syaima’ Ilham. Saya mengharapkan kita jaga hubungan ini dengan penuh hikmah dan istiqamah. J

4 comments:

  1. congrats bubu.. semoga ditetapkan jodoh berkekalan.. amin :D

    ReplyDelete
  2. tahniah meen....
    semoga berkekalan sampai ke alam suami isteri..oke..
    amin...!!!!

    ReplyDelete