Monday, October 22, 2012

Wacana Hati Berbicara :)


Sudah lama saya tinggalkan warkah ini berlalu begitu sahaja. Banyak perkara yang tidak dikongsikan melalui tulisan. Terlalu banyak peristiwa yang hadir dalam diri semuanya tidak tergambar indahnya.

Assalamualaikum.. Entry ini khas untuk awak.. Syaima’ Ilham

Indah nan permai lagi tenang hati saya bagai air sungai yang mengalir, bagai burung berkicauan di pagi hari, bagai angin dingin sepoi-sepoi bahasa, bagai warna indah seperti pelangi apabila kita bersama. Pertemuan antara kita cukup memberi saya rasa selesa. Tanpa ragu-ragu saya memilih awak sebagai teman hidup bual bicara saya. Benarlah kata-kata pujangga “Cinta itu indah dan tidak sakit jika ada yang menyambut”. Mungkin saya rasa, awaklah penyambut tetamu bagi cinta ini. Tetapi saya juga tidak berhasrat untuk memanjang talian cinta ini tanpa apa-apa ikatan yang rasmi dari yang Esa.

Awak, apa yang saya nak katakan dekat awak, saya nak kita disatukan dengan ikatan pernikahan yang diredhai oleh Allah SWT. Kita mungkin akan rasa lebih selesa kerana tiada apa-apa yang menghalang kita berdua. Apa yang saya mahukan, awak bergelar isteri kepada saya. Saya cukup yakin dan percaya, memang cukup sukar untuk beralihkan syurga yang terletak dibawah kaki mama sekian lama kepada orang lain, tapi saya nak awak tahu yang ini adalah fitrah hidup. Awak perlu kuat dan tabah untuk mengharungi semua ini.

Perkataan ‘sayang’ daripada saya bukanlah main-main dan dipermainkan. Apabila saya melontarkan ia untuk seseorang, maka saya serius dalam hubungan itu. Tolong jangan sekali-kali mempermainkan. Memang lumrah hidup selalunya perempuan akan cakap lelaki hanya pandai mulut manis tetapi hampa dihujungnya. Tetapi bagi saya, apa yang saya cakap dekat awak bukanlah satu janji manis madu atau sebagainya tetapi adalah ambil beratnya saya terhadap awak seiringnya saya pun dah jumpa baba kan..... J

Hutan rimba yang penuh dengan daunan hijau, air dilautan yang sering membiru, langit diatas berbekal awanan. Semua itu penuh dengan ketenangan dari ilahi. Begitu juga diri saya yang sekarang ini penuh dengan ketenangan. Saya cukup bersyukur mengenali diri awak. Saya mengharapkan segala perancangan kita berjalan lancar. Apa yang saya nak cakap, apabila awak telah sah menjadikan isteri saya satu hari nanti, saya akan tadah tangan selebarnya menerima awak daripada segala macam aspek. Saya nak awak tahu itu..... saya menantikan hari untuk saya lafazkan “AKU TERIMA NIKAHNYA” dan awak bakal tersenyum dengan airmata gembira bukan kesedihan.... SYAIMA’ ILHAM

No comments:

Post a Comment