Wednesday, October 24, 2012

♥ Bicara Tulisan Hati Buat Kita ♥

Kehadapan seseorang yang bakal isteri kepada diri ini. Syaima’ Ilham. Saya post entry ini khas sekali lagi untuk awak. Bukan totally untuk awak, tapi untuk ‘kita’.

Seperti yang kita rancang, 3 dan 4 November ini kita akan ke Kursus Pra-Perkahwinan sebagai proses permulaan kita untuk diijab-kabulkan. Namun begitu, kita hanya mampu merancang yang terbaik, penentuan illahi lagi sempurna lagi hebat. Kita jalankan apa yang dah dirancang, biar Allah yang tentukan segalanya. Masa untuk kita pasti akan tiba. #Insya-Allah.

Saya hanya berdoa agar kita sama-sama bahagia. Memang lumrahnya hidup sebagai suami isteri memang akan ada konflik. Memang akan ada persalahfahaman. Itu memang perkara biasa dan wajib ada dalam rumahtangga. Saya nak semua masalah yang kita hadapi, kita selesaikan dengan penuh hikmah, dengan cara yang terbaik. Kalau selesai dalam pergaduhan, semua masalah tidak akan selesai. “manusia tidak akan tunduk kepada kekerasan, tetapi akan tunduk pada budi bahasa yang indah”. Dalam konflik yang tercetus inilah kita dapat belajar dimana kesilapan antara kita. Sama-sama kita betulkan barulah rumahtangga bahagia.

Memang betul, apabila kita berkahwin, kita bukan sahaja berkahwin dengan empunya diri, tetapi kita perlu berkahwin dengan keluarga pasangan kita. Itu memang betul dan tidak dapat dinafikan. Tetapi kita juga perlu ingat, kita hidup berdua, komitmen kita berdua. Kita perlu terima apa sahaja baik buruk mereka. Jangan sebab perkara kecil, kita boleh bergaduh, masam muka dan sebagainya. Sebab awak hidup dengan saya, bukan dengan mereka. J

Untuk diakhir warkah ini, saya dengan penuh jitu mengharapkan agar kita dapat sama-sama selesaikan apa jua masalah yang kita hadapi dengan penuh hikmah. Saya tak nak tengok awak marah-marah. Saya nak awak rasa gembira dan bahagia. Saya nak hidup awak penuh dengan kegembiraan dan kebahagiaan bukan kesedihan dan kedukaan. Sebab saya sayang awak. Untuk proses pertama kita nanti, sama-sama kita pergi kursus dulu awak !



Itu sahaja untuk malam ini, kita sambung lagi di warkah akan datang. 1 4 3 Syaima’ Ilham. Senyum selalu J

2 comments: