Mereka
mengajar
. Mereka mendidik
. Mereka juga memperjuangkan cinta
.
Itulah
ibu juga itulah guru
.
Cinta
mereka disalurkan demi memberikan kemanisan untuk kita . Tanpa henti kita
merasainya . Tanpa jemu mereka menaburi cinta untuk kita .
Lihat
sahaja hari ini , tanpa usaha keras seorang ibu dan bapa , mana mungkin kita
menjadi diri kita yang sekarang . Tanpa letih dan jemu juga kita masih lagi
mengguna pakai ilmu yang dicurahkan oleh seorang guru .
Mereka
biasa-biasa , namun usaha dan cinta mereka kepada kita sangat luar biasa .
Luar
biasa .
Mereka akan terus berjuang , selagi mereka masih bernyawa . Erti
hidup pada memberi .
Analoginya
ibarat pokok pisang . Ia biasa-biasa , namun hasilnya sangat luar biasa .
Menabur budi sehingga ia mati malah jasanya terus mengalir lagi .
Walaupun
pisang tidak akan berbuah dua kali , namun berbuahnya kali pertama dan selepas
itu mati , cukup memberikan ispirasi . Matinya bukan mati biasa biasa , namun
matinya masih lagi berjasa . Ia mati bukan hanya selepas meninggalkan buahnya ,
sebaliknya ia pasti meninggalkan anak-anaknya dan kita akan dapat menikmati
buah pisang lagi walupun pisang yang dahulu telah mati .
Pokok
pisang hakikatnya menggambarkan realiti hidup ibu dan guru yang perlu kita
contohi dan teladani . Ia mengajar kita erti untuk memberi , berjasa . Jangan
berhenti melakukan kebaikan walupun setelah kita telah mati.
Contohnya
, sikap berbudi bahasa itu diterapkan sejak bermula dari madrasah pertama
anak-anak . Ia didik mengikut acuan dari ibu dan ayahnya . Bagus acuanya ,
bagus juga produknya . malah sehingga kehari ini , sikap berbudi bahasa itu
masih lagi diguna pakai hingga si anak meningkat usianya.
Contoh
lain pula , ilmu yang diajar juga ilmu yang dididik oleh seorang guru juga
masih lagi diguna pakai untuk masa-masa yang mendatang kerana , semua yang kita
lakukan pada hari ini hatta sejak berkurun lamanya lagi perlu disertakan dengan
ilmu bagi merealisasikan apa yang ingin direalisasikan.
Inilah
yang dikatakan mereka terus berjuang demi cinta . Walaupun sudah pergi , namun
cinta mereka masih lagi diguna pakai . Masih lagi mengalir untuk kebaikan .
Kebaikan
yang terus hidup .
Namun , adakah kita memerhati ?
Oleh
itu , sebagai manusia yang sentiasa berfikir dan berzikir , pasti teladan dari
ibu juga guru diiktibarkan dalam kehidupan . Bahkan orang yang berjaya sentiasa
berfikir untuk membuat satu kebaikan yang berterusan hidup selepas kematian .
Jasa
mereka sangat luar biasa , maka kita juga perlu memeperluar biasakan cinta
meraka agar kebaikan itu terus hidup .
“Apabila
mati anak Adam , maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ;
sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakan keatasnya”
(
Riwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari)
Jasa
yang dikenang untuk ibu dan guru bukan pada bulan Mei sahaja , malah setiap
bulan kerana jasa mereka terus hidup bersama kita .
Moga
ada manfaat untuk kita semua termasuk saya . Selamat hari ibu . Selamat hari
guru .
No comments:
Post a Comment