Thursday, October 25, 2012

Aidiladha datang lagi untuk kita :)


Aidiladha bersua lagi. Perlu kita ungkapkan syukur kepada Yang Maha Esa kerana memberi lagi kita peluang untuk bertemu lagi dengan Aidiladha kali ini. Perlu kita sering ingat berkemungkinan ini Aidiladha yang terakhir buat kita semua kerana ‘mati’ itu sememangnya semakin dekat dengan kita. ‘Mati’ itu umpama berkaki, ‘Manusia’ juga berkaki. Selangkah kita berjalan kehadapan, selangkah juga ‘mati’ itu datang menghampiri kita. ‘Mati’ itu sebenarnya sangat dekat dengan kita.

Bukan sekadar kita perlu meriah di Aidilfitri, namun Aidiladha juga mempunyai persepsinya tersendiri. Aidilfitri kita meraikan kejayaan diri kita sendiri kerana berjaya berpuasa untuk tempoh masa sebulan. Pelbagai ujian yang kita tempuh dari kita bersahur sehinggalah kita berbuka puasa. Begitu juga dengan Aidiladha, walaupun kita tidak merasa apa-apa, harus kita ingat bahawa “Para Tetamu Allah” mempunyai ujian yang sangat besar. Tatkala kita sedang ‘berhari raya’ di tanah air, mereka mengharungi ujian yang besar di tanah haram. Para tetamu Allah sedang berwuquf di Arafah. Kita di tanah air masing-masing sunat berpuasa, banyak fadhilatnya.

Memang tak dapat lari dari Aidiladha, seluruh dunia akan menjalankan ibadah menyembelih yang sangat dituntut selari dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.. Begitu juga dengan Aidiladha saya, mempelajari ilmu menyembelih secara praktikal. Pertama kali saya belajar ilmu menyembelih pada tahun 2009. Satu ilmu yang dapat saya sendiri praktikkan yang selama ini hanya belajar secara teori dalam kelas. Bagi saya, ibadah menyembelih jika saya yang menyembelih, saya rasa agak seronok. Bukan seronok lihat binatang itu mati, tetapi seronok dapat jalankan ibadah yang tak semua individu berani. Memang menyembelih ini perlu hati yang cekal kerana menyembelih ini seolah-olah kita mengambil satu nyawa. Lagi satu, menyembelih ini juga perlu adanya ilmu, bukan main terjun sahaja. Kerana jika silap sembelih dan binatang sembelihan tidak halal, rugi nanti.. J


Insan yang mengajar ilmu menyembelih ini secara teorinya ialah Ustaz Haji Romli Bin Ali dan secara praktiknya ialah daripada Ustaz Ilham Bin Imam. Dua insan ini banyak memberi ilmu dalam hal-hal penyembelihan. Apa yang hanya saya boleh katakan, saya hanya boleh ungkapkan ucapan ‘Terima Kasih’ atas ilmu yang dicurahkan. Saya akan panjangkan ilmu ini kepada adik-adik saya yang berada di kampus nanti. Saya akan adakan satu program untuk kolej saya nanti. “PROGRAM SEMARAK ROHANI”. Nantikan bersama dan doakan agar program ini dapat dijalankan nanti. Jumpa lagi di entry akan datang.....

No comments:

Post a Comment