Wednesday, September 5, 2012

Sambutan Merdeka 2012


MERDEKA!! Malaysia menyambut kemerdekaan ke-55. Aku sambut merdeka dengan sahabat-sahabat aku. Sadiq, Amin, Shafiq, Doktor, Andak, Aslam, Rainbow, Abu, Hazziq, Top. Itulah sahabat aku yang setakat semester ini paling rapat dengan aku. Kami cukup 'unite' selepas trip kami ke Genting Highland.

Perjalanan kami bermula jam 10 malam selepas aku ambil 'van' di kawasan Telok Mas sekitar jam 8 malam. Bermula dari UiTM dan selamat tiba di Seri Kembangan, Selangor. Berehat. Makan malam. Kami teruskan perjalanan terus ke ibu kota Kuala Lumpur. Bersantai.

Jam 5 pagi tepat, kami tiba di 'Nasi Kandar Pelita, Kuala Lumpur'. Lokasi sekitar di KLCC. Makanan yang cukup enak. Aku makan nasi kandar berlaukkan kambing + ayam + telur. Cukup selesa. Memang sedap!. Anda harus cuba!. Haha.

Sekitar jam 7 pagi, kami teruskan perjalanan ke Genting Highland. Itu destinasi utama kami. Aku perlahan-lahan kayuh memandu 'Van Pregio' yang disewa mendaki bukit yang curam ke atas. Tepat jam 8 pagi. Kami selamat sampai di Masjid Yayasan Mohamed Noah. Mandi. Bersihkan diri.

Perjalanan terus ke atas dan kami tiba tepat jam 9.15 pagi. Cuaca yang sungguh indah dan nyaman. Angin yang sungguh kencang membuat semua menggigil. Perasaan yang bercampur baur. Semuanya ada. Gembira. Teruja. Macam-macamlah.

Kami masuk ke taman tema genting jam 9.30 pagi. Aku jumpa 'Ah Siong', pengurus sebuah syarikat pelancongan. Dia sahabat aku. Aku dapat harga murah untuk tiket. Aku hanya duduk melihat kegembiraan sahabat-sahabat aku kerana aku dah selalu ke sini.

Habis. Penat. Lelah. Kami turun dari Genting Highland sekitar jam 3 petang. Kami teruskan perjalanan ke Shah Alam. Sasaran untuk makanan tengah hari ialah 'Sup Utara, Sek. 18 Shah Alam. Kami tiba sekitar jam 5.30 petang.

Pendekkan cerita kami gerak balik ke Melaka jam 8 malam. Perjalanan yang cukup penat. Semua penumpang tidur dan aku sendirian yang masih sedar memandu dengan penuh tenaga. Aku selamat sampai di kampus jam 11 malam. Turunkan semua. Dan aku terus hantar van kepada tuannya. Aku tiba rumah jam 12 malam.

PERJALANAN YANG CUKUP INDAH!!!!

7.00 pagi
2 September 2012
Kediaman Bonda

No comments:

Post a Comment