Wednesday, September 5, 2012

Hari yang Gelap


Hari aku seperti biasa. Dari pagi hingga ke petang. Perkara sama. Tetapi keadaannya suram. Sepertinya sunyi sepi seperti sebuah kampung tanpa penduduk, sebuah rumah tanpa penghuni. Sunyi dan sepi. Aku hanya berehat di rumah. Terlalu penat. Badan sangat letih.

Dari ke petang, hingga ke malam. Suasana yang sama. Sungguh sunyi dan sepi. Banyak kali panggilan keluar, tidak dijawab. Mata aku yang telah banyak rehat di siang hari membuatkannya segar di malam hari. Panggilan tidak diangkat. 2.00pagi. Masih lagi menyepi diri.

Sehingga aku bangun solat subuh. Keadaan yang sama. Aku tak tahu kenapa. Apa yang hanya aku boleh rasakan. 'Enormours Worrying'. Itu sahaja. Ya Allah, aku harapkan dia dalam keadaan baik-baik sahaja.

'Ampun dan maaf sekiranya diri ini ada lakukan salah dan silap'. Sepi dan bosan ketiadaanmu.

3.15 pagi
31 Ogos 2012
Merdeka yang bosan!
Taman Pertama Indah,
Sg Abong.

No comments:

Post a Comment