Perubahan anda menyuram rupa. Saya habis kelas
jam 11 malam. Saya kembali ke bilik. Perjalanan dari kelas ke bilik dengan hati
yang cukup resah. Minda saya hanya memikirkan 'kenapa'. Saya rasakan dirinya
sepertinya ada beza. 2-3 hari ini, dirinya memang lain. Perbezaan yang begitu
ketara. Tak tahu jika hanyalah permainan minda saya. 'Entah mengapa'.
Permainan minda bercampur dengan hati yang
begitu resah, saya hanya mampu berdiam diri. Sampai di kolej, Sadiq tanya 'Awak
ok tak kumat?'. 'Ok', hanya itu balasan saya. Saya terus langkahkan diri, ambil
wuduk untuk solat isyak.
Takbir seperti biasa. Mulakan iftitah. Mula
fatihah, nafas saya mula berombak. Tidak tertahan lagi saya melainkan air mata
yang menitis dari mata. Saya tak tahu mengapa. Kali pertamanya, solat yang
penuh dengan air mata tangisan. Jauh di sudut hati yang hanya ada perasaan
sayup, sedih. Itu sahaja.
Selesai solat, tiada lain. Hanya air mata
membasahi pipi. Doa yang penuh dengan tangisan. Kenapa? Kenapa? Kenapa?. Semua perkara terimbas dalam fikiran saya.
Terkenang kedua wajah ibu bapa. Kakak. Along. Haiqal. Mak. Angah. Inot. Along.
Semuanya. Wajah-wajah ini terus membuat saya rasa begitu sedih.
Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Allah
Taala mungkin memberi peringatan kerana saya sering alpa dalam kesenangan dan
nikmat. Aku akhiri semua ini dengan doa.
"Ya Allah, kau ampunkanlah dosaku, kedua
ibu bapaku, adik beradikku, saudara maraku, sahabat-sahabatku, guru-guruku,
muslimin dan muslimat. Kau tabahkanlah hatiku untuk semua perkara, dugaan
mahupun nikmat. Kau kasihkan ibu bapaku seperti mana mereka kasihkan aku
sewaktu aku kecil. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku,
sahabat-sahabatku.
4.12am
5 September 2012
Kolej Kediaman Lekir
UiTM Melaka
*Terbaring menanti panggilan darinya :)
No comments:
Post a Comment