Hari aku seperti biasa. Dari pagi hingga ke
petang. Perkara sama. Tetapi keadaannya suram. Sepertinya sunyi sepi seperti
sebuah kampung tanpa penduduk, sebuah rumah tanpa penghuni. Sunyi dan sepi. Aku
hanya berehat di rumah. Terlalu penat. Badan sangat letih.
Dari ke petang, hingga ke malam. Suasana yang
sama. Sungguh sunyi dan sepi. Banyak kali panggilan keluar, tidak dijawab. Mata
aku yang telah banyak rehat di siang hari membuatkannya segar di malam hari.
Panggilan tidak diangkat. 2.00pagi. Masih lagi menyepi diri.
Sehingga aku bangun solat subuh. Keadaan yang
sama. Aku tak tahu kenapa. Apa yang hanya aku boleh rasakan. 'Enormours
Worrying'. Itu sahaja. Ya Allah, aku harapkan dia dalam keadaan baik-baik
sahaja.
'Ampun dan maaf sekiranya diri ini ada lakukan
salah dan silap'. Sepi dan bosan ketiadaanmu.
3.15 pagi
31 Ogos 2012
Merdeka yang bosan!
Taman Pertama Indah,
Sg Abong.
No comments:
Post a Comment