23 Ogos 2012. Lebih kurang jam 11 malam. Badan
aku yang telah lemah longlai tidak bermaya. Penat sangat. Terbaring di atas
katil rumah nenek aku untuk rehatkan badan setelah seharian penat ziarah raya
ke rumah saudara mara. Hari yang cukup gembira tetapi memang memenatkan.
Sampai sahaja di rumah, ibu memanggil untuk
membantu menyiapkan makan malam. Selepas itu, tiada tempat yang dicari
melainkan sekeping tilam untuk aku beristirehat. Mata aku berat, memanggil
untuk tidur.
Selang beberapa minit, aku terima panggilan.
Seperti biasa. Aku jawab. Dengan perasaan yang gembira dan ceria. Perbualannya
seperti biasa. Selepas 45 minit, talian akan terputus. Disambung semula.
Tiba-tiba suasana berubah. Ceria menjadi suram. Aku tidak tahu kenapa. Aku cuba
kembali menyerikan keadaan namun tidak berdaya. Panggilan diakhirkan dengan
ayat 'takde mood, dah la bye', aku membalas 'carilah ketenangan diri,
assalamualaikum’.
Aku cuba memahami. Aku hanya senyum. Begini :).
Hehe. Aku terus senyum dan tidak ambil hati. Aku faham situasinya. Aku tahu dia
ingin berehat mungkin dia juga penat. ('',). Aku akhiri hari aku dengan berdoa
'Ya Allah, kau hindarkanlah dia daripada segala kesulitan yang amat berat. Kau
permudahkanlah urusan hariannya' dan dengan satu pesanan ringkas kepadanya
'jangan terlalu ikutkan perasaan, nanti menyeksa diri'.
Pesanan penaja : Senyumlah sepanjang masa
kerana senyuman mampu menukarkan suasana negatif menjadi positif. Percayalah.
No comments:
Post a Comment