Saturday, August 25, 2012

Arnab : Korban di Aidilfitri 2012


Juadah hari ke-2 aidilfitri tahun ini, sang Arnab yang begitu comel. Arnab yang dibela Along[sepupu]. 3 ekor. Arnab yang begitu comel untuk dijadikan haiwan peliharaan. Tidak sanggup untuk aku jadikan makanan.

Along cakap : 'Meen, sembelih je la arnab tu, malas along nak bela lagi'. Aku balas : 'Ha, bawa je la datang'. Aku terus pulang ke rumah untuk cari pisau untuk sembelih. Cari dan cari. Pisau tidak kelihatan. Aku terus capai parang sembelihan aku yang bersaiz 12 inci. Apabila difikirkan, tidak sanggup aku untuk sembelih haiwan yang begitu comel dengan parang yang tidak sesuai saiznya.

Aku terus mencari pisau. Pabila dicari dalam meja di bilik aku. Kelihatan sebilah pisau yang ditinggalkan oleh arwah 'abah' kepadaku. Matanya tumpul. Terusku genggam pisau itu bawa pulang ke kampung. Sampai sahaja di kampung, terus aku asah pisau itu. Matanya karat. Hampir setengah jam. Barulah pisau tajam dan kilat. Buat bercukur pun boleh. Bererti pisau dah cukup tajam untuk menyembelih.

Arnab pertama. Along [abang ipar] pegang. Aku pun cengkam leher arnab itu. Cari urat merih, halqum. Aku gagahkan hati. Turunkan pisau. Jalan. Dengan mataku yang tertutup. Selesai, selamat.

Arnab kedua dan ketiga. Aku terus gagahkan hati untuk menyembelih tanpa rasa apa-apa. Selamat ketiga-tiga ekor. Arnab disiang. Dibuang isi perut. Dibuang bulunya. Dibuang kepalanya. Dibuang kakinya. Dilumur garam. Disapu kunyit. Digoreng dalam kuali panas.

ARNAB RASANYA PUN SEDAP JUGA ! ! !

No comments:

Post a Comment