Mata masih lagi segar. Entah kemana mengelamun.
Seringkali pabila larut malam, aku sering mengenang perkara lalu. Apa yang
sering terlintas di fikiran ini adalah zaman sekolah rendah aku. Pergaulan aku
yang sangat bebas. Tiada had. Memang banyak keseronokan duniawi. Apa yang
dilakukan oleh sahabat, hanya dapat aku lihat. Perbezaan agama membezakan cara
aku dengan mereka. Banyak perkongsian cara agama, budaya, adat yang aku dapat
sepanjang 8 tahun aku bergaul dengan kawan 'cina'.
Memang cara mereka lebih senang berbanding
dengan cara melayu. Selalu aku cerita zaman sekolah aku kepada sahabat-sahabat
aku. Majoriti akan berkata 'bolehlah ko cina, back-up cina'. Bukan itu maksud
aku, tetapi hakikatnya memang kenyataan. Cara mereka memang berbeza. Cara
pergaulan mereka memang mementingkan erti sebuah persahabatan. Mereka memang
betul menggunakan istilah 'susah senang bersama-sama'.
Aku seorang 'melayu' yang cukup fasih berbahasa
cina memang disenangi sahabat-sahabat di sana. Sepanjang aku bersekolah, tidak
pernah ada masalah yang tercetus. Apatah lagi kalau nak ada masalah perkauman.
Sifar. Aku cukup bahagia. Cukup senang bersekolah disitu. Cikgu-cikgu yang
begitu baik. Layanan seperti ibu dengan kanak-kanak. Nama pun sekolah rendah.
:)
Sehingga ke hari ini, aku dengan mereka masih
lagi berhubung. Majoritinya tidak berada di Malaysia. Ada ke Taiwan. Ada ke
Beijing. Ada ke London. Ada ke Australia. Ada ke Jerman. Itulah cara mereka
yang berada. Namun apabila mereka pulang ke tanah air, layanan persahabatan
antara aku dengan mereka tetap sama seperti mana kami kanak-kanak riang dahulu
kala.
Pabila kini aku mengenang perkara lama, aku tak
tahu kenapa. Air mata aku dengan sendirinya akan mengalir membasahi pipi. Tiada
alasan untuk itu. Mengalir dan terus mengalir. Itu sahaja yang boleh diluahkan.
Tak tahu sama ada sedih atau gembira. Semuanya bercampur gaul. Di sini dapat
aku rasakan betapa bernilainya sebuah persahabatan. Aku merindui mereka. Masa
kami berkumpul adalah masa CNY. Waktu yang cukup bahagia. :)
5.08pagi
Terbaring
di ruang tamu rumah.
Melayan
fikiran entah ke mana.
Sungai
Abong, Muar.
No comments:
Post a Comment