Seminggu cuti raya. Semua pelajar UiTM cutinya
sama. Rakyat Malaysia berkongsi festival yang sama. HARI RAYA AIDILFITRI. Tak
kira anda berbangsa apa. Anda tetap meraikan sambutan yang sama. Malaysia yang
aman dan damai, masyarakat yang majmuk, berkongsi semua perkara.
Setelah seminggu cuti, kembali kepada sedia
kala. Mana yang bekerja, kembali ke pejabat. Mana yang mengajar, kembali
mengajar. Mana nelayan, kembali ke laut. Mana yang 'pelajar', akan kembali ke
bilik-bilik kuliah.
Begitu juga dengan aku, akan kembali ke kampus
lakukan benda yang sama. Kelas. Seperti biasa. Kadang-kadang terasa diri ini
lemah dan longlai tidak bermaya, tetapi dikenangkan wajah ibu bapa aku di
rumah, kaki ini terus gagah melangkah seperti seorang perwira.
27 Ogos 2012
Isnin
Bilik 1207, Kolej Kediaman Lekir,
UiTM Melaka.
No comments:
Post a Comment