Wednesday, August 24, 2011

Titipan Hari-Hari Terakhir


TiTiPan HaRi-HaRi AkHirKu Di SinI

Minggu demi minggu berlalu, hari demi hari melangkah, masa melayang pergi. Takdir aku di sini tidak panjang. Hampir sebulan sahaja aku ditakdirkan disini. 18/8/2011 hingga 26/8/2011. Inilah satu tempoh diberikan peluang digelar Mahasiswa Management And Science University (MSU), Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tempat tinggal yang aku terima cukup memberikan aku satu pertemuan baru bersama-sama sahabat-sahabat yang berada di rumah ini. Cukup seronok dapat aku rasa. Semakin dekat waktu aku melangkah pergi, semakin akrab rasanya hubungan aku antara mereka. Tetapi, aku tidak berdaya. Takdir telah menentukan segalanya. Hanya pesanan agar mereka terus berjuang menuntut ilmu dapat aku sampaikan walaupun pertemuan kita berpisah disini tetapi hubungan persahabatan tetap akan berkekalan.
1) Aqil             – Kulinar
2) Yatim           – Hospitality Management
3) Syafiq           – Graphic Design
4) Matt            – Game Design And Animation
5) Khairul          – Law
6) Ameer          – Graphic Design
7) Hazim           – Maaflah, tak sempat aku bertanya sebab jarang sekali aku bersua
                        dengannya.
Tujuh insan yang aku bersua setiap hari. Cukup seronok dan gembira yang terpancar daripada wajah-wajah mereka. Harapan aku disini bukanlah untuk berpisah tetapi aku telah ditakdirkan untuk menuntut ilmu ditempat lain. Harap kita dapat lagi berjumpa dimasa-masa akan datang. InsyaAllah. Luv u Alls Bro!!!!

12.30PM
Kompleks Otomobil,
Shah Alam,
Selangor.

No comments:

Post a Comment