MALAM TERAKHIR DI SINI...
18 Ogos 2011 hingga 26 Ogos 2011.
Satu tempoh pendek yang memberi aku satu pengalaman yang baru untuk hidup berdikari. Pelbagai pengalaman yang aku kecapi sewaktu aku berada di sini [Kompleks Otomobil Sek. 15, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan). Aku diberi pertemuan dengan rakan-rakan yang cukup seronok. Tetapi, apakan daya sudah suratan menentukan aku perlu berpisah.
Tetapi mengapa, semakin saat akhir aku berpisah semakin rapat aku rasa dengan mereka. Aku diberi lagi satu perkenalan baru di mana aku berkenalan dengan insan-insan yang menetap di Pangsapuri Perdana, Sek. 13, Shah Alam.
~Danny, Shah, Acap dan housemate di sana~
Minggu terakhir aku mengenali mereka, saat itu jugalah aku rasa begitu mesra dengan mereka. Mengapa kadang-kadang suratan menentukan begini. Sukar untuk aku menerimanya. Apa yang aku boleh gambarkan dalam kata-kata tulisan. “AKU MEMANG RASA CUKUP SERONOK DI SINI”. Apa yang tersemat dalam ingatanku, kata-kata Danny kepadaku tadi :
“Azmeen, aku rasa best dapat kenal dengan kau. Walaupun sekejap, tapi memang best” (6.45pm/25 Ogos 2011/Khamis)
Terharu sungguh dengan kata-kata yang dilemparkan kepada aku. Rasa cukup indahnya bila dapat bersahabat.
Tetapi, inilah yang dikatakan suratan takdir yang ditentukan oleh yang MahaEsa. Harus aku terima seadanya. Rasa ingin berkemas untuk pulang semula ke kampung halaman tidak lagi membuak-buak dalam perasaanku berbanding beberapa minggu yang lalu dimana perasaan itu datang sehinggakan aku tidak mahu lagi di sini. Tetapi, perasaan kini mengatakan aku ingin terus menetap di sini. Walaupun, hanyalah igauan belaka.
Walaupun terpaksa pergi aku tetap tidak akan melupakan insan-insan yang pernah aku bersua di sini. Matt, Ameer, Aqil, Yathim, Syafiq, Khairul, Hazim, Q, Aleam, Shah, Acap, Danny dan semuanya lagi.
Love U Alls BRO!!!
Untuk kesempatan ini aku mengucapkan untuk korang :-
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN. HARAP DAPAT JUMPA LAGI MASA-MASA AKAN DATANG!!! OK!! JEMPUT KAMU DATANG KE RUMAH!!
[Sambung memikirkan apa yang bakal berlaku selepas ini}
{Nak mula mengemas]
Sambung lagi next times....
12.06am
26 Ogos 2011
26 Ramadhan 1432H
Jumaat
Kompleks Otomobil,
Seksyen 15, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No comments:
Post a Comment