Ungkapan Syukurku..
Syukur aku kehadrat Illahi,
Syukur aku kepada Illahi,
Syukur aku kehadrat Illahi,
Syukur aku kepada Illahi.
Mungkin itu sahaja setakat ini yang boleh aku ungkapkan. Setinggi-tinggi rasa syukur aku kepada Allah SWT akan segala nikmat yang telah dikurniakan sehingga aku tidak dapat lena sehingga fajar pagi menjelma. Penantian selama beberapa bulan cukup menguji nilai kesabaran dalam diri ini. Tangan menadah memohon doa tidak mengecewakan malah membahagiakan seperti bayi kecil yang dikurniakan perjalanan langkah pertama dalam hidupnya. Satu langkah baru yang diberikan yang cukup membahagiakan kepada semua ibu bapa.
Rakan-rakan serumah cukup riuh menandakan mereka cukup berasa gembira dan seronok melalui masa dari malam ke pagi. Gurau senda, gelak ketawa, senyum riang menjadi suasana malam menjadi suasana seperti menghadiri upacara nyanyian yang penuh dengan penonton. Tetapi aku yang bersendirian ini hanyalah tersenyum melihat gelagat mereka.
Fikiran yang melayang entah kemana membuatku hanya terpaku. Bak kata inspirasi Cik Nasir yang cukup seronok bagiku. “Rasa nak menitis air mata saya pabila membayangkan anda dengan muka bonyok sambil melihat semut yang bergembira ria di lantai”. [Ayat yang cukup seni bagiku]. Itulah mungkin yang berlaku kepadaku pabila membayangkan sekali lagi aku ingin meninggalkan sahabat-sahabat yang telah dipertemukan kepada aku seperti saat aku ingin meninggalkan sahabat-sahabat aku di kampung halaman di saat aku ingin memulakan langkah pertama untuk merantau mencari ilmu.
Fikiran aku dikembalikan dengan satu deringan nyanyian pada jam 4.30pagi walaupun aku tidak terlena. Satu waktu yang menjadi rutin harianku untuk mengejutkan seorang sahabat yang bekerja diwaktu malam untuk bersahur. “ABG AZMAN”. Seronok bila dapat berbual dengan dia.
Aku terus sambung melayan fikiranku yang entah kemana. Cuba untuk mencari balik apa sebenarnya yang aku inginkan.
Sekarang, rakan-rakan memanggil untuk bersahur. Kita sambung di warkah yang berbeza di lain masa. InsyAllah.
5.13pagi
24 Ogos 2011
24 Ramadhan 1432
Kompleks Otomobil,
Seksyen 15, Shah Alam.
No comments:
Post a Comment