Tuesday, December 27, 2011

Ilmu oh Ilmu


Ilmu... Kini tidak lagi susah manusia untuk mendapatkannya. Sudah ramai manusia telah bergelar ilmuan. Ilmuan kini telah merata, tidak perlu meredah hutan belantara untuk mendapatkannya. Persoalannya, mengapakah ada lagi insan yang buta huruf?? Mengapakah mereka tidak berjumpa dengan ilmuan untuk menuntut ilmu?? Tidak mengapa, terpulanglah kepada mereka untuk mereka teruskan kehidupan dengan cara mereka.
Kini semua tempat belajar adalah sama, semua ilmu yang disampaikan adalah sama, tidak ada istilah sekolah ini bagus, sekolah itu bagus, U ini bagus, U itu bagus. Tidak! Semua sekolah, Semua U adalah sama. Pembelajaran dan pengajian masing-masing disampaikan adalah perkara yang sama. Cuma sekarang ini, ianya terletak dalam diri masing-masing sama ada nak belajar atau tidak. Senang saje kan?
Aku.. Tanggal 17 Ogos 2011, aku telah diberi tempat untuk menuntut ilmu di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia, Management & Science University. Tak pernah kenal? Haa.. Klik sini.. http://www.msu.edu.my/v7/.  Explorelah sendiri oke!. Kursus di sana adalah “Management” dalam fakulti “Business Management and Professional Studies”. 

Tetapi takdirku di sini tidak lama kerana aku telah ditawarkan ke UiTM, Kampus Alor Gajah dalam kursus Perbankan.
Once saje dapat tawaran tersebut jam 5.13pagi, 24 Ogos 2011, 24 Ramadhan 1432 di Kompleks Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam, tempat di mana aku menetap sepanjang pengajian aku di sana. Hanya aku boleh katakana hanya syukur pada illahi, kerana di sini mungkin titik tolak bermulanya kehidupan aku.
Kita bersambung lagi di warkah seterusnya ok!

4.21pagi
27 Disember 2011
2 Safar 1433
Sungai Abong, Muar

No comments:

Post a Comment