Monday, September 17, 2012

Pengalaman Mendewasakan : Gunung Datuk, NS

3 hari aku berkampung kaki Gunung Datuk (GD), Rembau, Negeri Sembilan. Satu aktiviti wajib bagi semua kadet beruniform semester 2 UiTM Alor Gajah, Melaka. Aku sebagai salah satu kadet bomba yang terlibat.

14 September 2012 (SHUSI)Faham?? Haaha – Perginya aku daripada kolej berjalan kaki ke padang kawad jam 2.30petang untuk berkumpul dalam keterpaksaan. Aku percaya semua peserta yang ada dalam keadaan yang sama. Dengan keadaan cuaca yang panas terik membuat aku lagi rasa “Kenapa nak bodohkan diri untuk join aktiviti bodoh ni?”. Itu saja yang bermain dalam fikiran aku. Kami mula bertolak jam 3.30petang dan selamat tiba simpang masuk GD. Kami dicurahkan di tepi jalan dan berjalan kaki menuju ke tapak berkumpul kaki GD. Program bermula dengan “Spot-Check” barang-barang terlarang seperti rokok dsb. Kemudian diikuti dengan taklimat perkhemahan dan persiapan khemah untuk “letak barang” sahaja. Hehe. Selesai solat Asar, kami diberi minum petang dan diberi taklimat penuh tentatif perkhemahan. Semua peserta menunjukkan respon yang negatif. Selepas solat Maghrib, nama aku dipanggil oleh Biro Kerohanian, Ustaz Hazim Zulkiflee, sem 2 DPA. Ingatkan ada apa, rupanya disuruh untuk bagi tazkirah pendek. Aku minta 2 minit untuk cari idea. Selesai juga tazkirah bertajuk “Kepentingan Solat”. Setelah itu, aku diminta mengimamkan solat Isyak. Kemudiannya, kami diberi makan malam dan selepas itu, aku dipecahkan mengikut kumpulan. Aktiviti yang dijalankan antara jam 9.00malam-12pagi itu cukup kebudak-budakkan namun daripada itu, permainan itu cukup menguji tahap fokus kita dan kepekaan kita. Aktiviti seterusnya “Night-Walk”. Kami diarah tutup mata dan berjalan berpandukan tali. Aktiviti tamat dengan basah kuyup sehingga jam 4.45pagi. Tidur.

15 September 2012 – Kami dikerah bangun jam 6.00pagi. Solat subuh berjemaah. Tetapi hari kedua aku sedih. Ramai yang terus beraktiviti tanpa solat subuh. Alangkah ruginya mereka tidak makan santapan rohani daripada illahi. Selepas itu, kami bersenam pagi, minum pagi, dan diberi masa sedikit untuk berehat. Kemudian diteruskan dengan aktiviti Abseiling, Flying Fox, dan Obstacle. 3 aktiviti ini cukup seronok. Kebosanan dan keterpaksaan aku hilang. Keseronokkan mendatang. Berhenti seketika solat Zuhur. Diteruskan dengan aktiviti air. Memang seronoklah kan. Hehe. Banyak aktiviti dalam air. Memang seronok gila!. Aktiviti berakhir sekitar jam 6 petang dalam keadaan yang cukup gembira. Kami bersihkan diri dan berehat sebentar dan bersiap-siap untuk Maghrib. Selepas maghrib, seperti biasa aku dipanggil untuk beri tazkiran pendek dan kali ini aku membawa tajuk “Syukur”. Satu perkataan yang mudah namun susah nak laksanankan. Selepas itu, aku juga mengimamkan solat Isyak. Aku terpanggil untuk membaca surah al-Dzariyaat. Selesai saja solat, 7 insan lain datang berjumpa aku secara berasingan bertanyakan surah apa yang aku baca. Aku jawab surah al-Dzariyaat. 7 insan berkata pada aku dalam keadaan sebak, “aku sayup gila dengar kau baca surah tadi”. Aku jawab, itulah perasaan aku tatkala kali pertama aku dengar Sheikh Fahd al-Kanderi baca, aku juga mengalirkan air mata. J . Selepas itu, kami meneruskan aktiviti Malam Kebudayaan. Tamat jam 2.30pagi. Tidur.

16 September 2012 – Kami dikerah sekali lagi untuk bangun subuh jam 6.00pagi. Seperti biasa, solat subuh. Hari ini kami tiada senam pagi, kami diarah untuk terus untuk kemas khemah, turunkan khemah, kemas tapak perkhemahan. Kami pun terus bergerak dari dewan solat ke tapak perkhemahan dan mempersiapkan segalanya. Tapak khemah bersih tepat jam 9.15pagi. Selepas itu, kami minum pagi dan terus berkumpul untuk pulang ke kampus. Tepat jam 10.20pagi kami sampai tempat dimana kami diturunkan masa kami tiba. Bas tiba jam 11.00pagi dan kami selamat sampai di kampus jam 11.40 dan aku selamat sampai di bilik 11.50pagi.

PENGALAMAN MENDEWASAKAN”
10.50am
17 September 2012
Dalam bilik, Sungai Abong.



No comments:

Post a Comment