Rindu itu indah…jika
rindu itu kerana ALLAH…kerana rindu itu akan sampai kepada ALLAH dahulu,
kemudian barulah kepada sesiapa sahaja yang kamu rindui…
Kegembiraan itu indah..jika
gembira itu kerana ALLAH…kerana gembira itu akan sampai kepada ALLAH dahulu,
kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu gembira…
Sedih itu indah..jika
sedih itu kerana ALLAH..kerana sedih itu akan sampai kepada ALLAH dahulu,
kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu sedih…
Kesibukan itu indah..jika
sibuk itu kerana ALLAH..kerana kesibukan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu,
kemudian barulah kepada apa sahaja yang kamu sibukkan…
Sakit itu indah..jika
sakit itu kerana ALLAH..kerana kesakitan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu,
kemudian barulah kepada apa sahaja yang menyakitkan kamu…
Benci itu indah..jika
benci itu kerana ALLAH..kerana kebencian itu akan sampai kepada ALLAH dahulu,
kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu benci…
Kesusahan dan derita itu indah..jika ia kerana ALLAH..kerana derita dan
kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa
sahaja yang membuat kamu susah dan derita..
Maka, niatlah segala perasaan kita hanya
untuk ALLAH..HANYA UNTUK MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH...
JUJURLAH kepada ALLAH..atas segala yang menimpa
kamu... atas segala yang diperbuatkan oleh kamu dan KEMBALIKANLAH
SEGALA PERASAAN itu kepada ALLAH kembali..kerana ALLAH jua lah yang
memberi segala perasaan itu..
Jika ia MEMBERI
KEBAIKAN dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu
di kemudian hari, maka REDHALAH dengan perasaan
itu..mohonlah, berdoalah agar ALLAH perbaiki diri kamu... dan BERUSAHA lah untuk MUHASABAH
diri..cari di mana KELALAIAN kamu selama ini...
dan BERUSAHALAH memperbaiki diri...
Jika perasaan itu MENAMBAHKAN
DOSA-DOSA kamu, maka MOHONLAH DIHILANGKAN
hanya kerana takut akan MURKA, AZAB ALLAH di
'sana' nanti..
SERAHLAH DIRI kepada ALLAH..dalam APA sahaja yang berlaku kepada kamu..InsyaALLAH,
ALLAH akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang TERBAIK untuk kamu…
Percayalah,ALLAH TIDAK
PERNAH menyiksa kamu,kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan..
ALLAH sentiasa merindui dan mencintai
kamu,hamba-hambaNYA ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini...
ALLAH memberi perasaan-perasaan itu untuk
memberi 'isyarat' CINTA dan KASIH SAYANG NYA untuk kamu KEMBALI
kepada NYA... kembali tenang HANYA jika BERSAMANYA...
JIka masih belum ketemui 'keindahan' itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat
REDHA ALLAH..kerana kamu MENGINGATI DIA dan BERNIAT HANYA KERANA DIA di setiap apa sahaja yang
menimpa kamu...
Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT
ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari
perasaan KEINDAHAN hanya dengan 'BERSAMA' ALLAH?
Insya ALLAH, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH... percayalah…
Aamiin Ya Rabbal Alamin..
♥ SEMOGA
BERMANFAAT ♥
No comments:
Post a Comment